Friday, 2 August 2013
Rukun Wuduk dan Yang Membatalkan Wuduk
Allhamdulillah dapat lagi kita sambung pada pelajaran sembahyang, dan pada hari ini tokayoh ingin mengajar pada pelajaran yang seterusnya iaiturukun wuduk (air sembahyang).Di mana sebelum anokcucu adik kakok sakalian hendak memulakan sembahyang kita haruslah mengambil wuduk terdahulu bagi menyucikan hadas2 kecil sebagaimana tertakluk pada pelajaran sembahyang yang lepas.
Sebagaimana yang anokcucu adik kakok tahu rukun wuduk itu enam perkara
1- Mula2 anokcucu haruslah berniat didalam hati yang berbunyi (sahaja aku megankat hadas kecil kerana allah taala)
2- lalu kita haruslah membasuh muka yakni keseluruh wajah,membasuh muka ini hendaklah dalam keadaan niat .
3- Selepas itu kita membasuh kedua2 belah tangan hingga ke dua2 belah siku ,(atas pada siku sikit)
4- Menyapu sedikit air di kepala (atas dahi)
5- Membasuh kedua2 belah kaki hingga ke buku lali(seluruh permukaan kaki termasuk semua ibu kaki dan anak )
6- Tertib (yang dahulu anokcucu didahulukan yang kemudian anokcucu kemudiankan)
Maka yang sunat ketika mengambil wuduk (air sembahyang) ialah :
1-Berkumur-kumur (mula2 sekali selepas niat)
2-Menbersihkan hidung yakni memasukkan air ke dalam hidung( selepas berkumur)
3- Menbasuh kedua2 belah telinga (selepas menyapuh air di kepala)
4- Menbasuh di atas tekak (selepas menyapuh telinga)
Niat wuduk
نويت رفع الحدث ا لاصغر لله تعا لى
(Nawaitu raf”il hadasil asrha’ril lillahi taala)
Ertinya : sahaja aku mengankat hadas yang kecil kerana allah taala
Sudah berwuduk barulah kerjakan sembahyang , dengan sekali berwuduk boleh lah anokcucu nak mengejakan sembahyang banyak2 kali pun kecuali jika telah terjadi perkara yang membatalkan air sembahyang pada masa itu kenalah mengambil air sembahyang semula.
Perkara2 yang membatalkan wuduk
1- Telah keluar sesuatu dari dubur dan kubul walupun angin
2- Tertidur kecuali jika tidur itu duduk dengan tetap (tidak beralih pungung)
3- Jika telah hilang ingatan disebabkan mabuk,gila,pengsan dan sebagainya
4- Jika telah bersentuh kulit laki2 dengan kulit perempuan yang sudah cukup umur dan yang halal nikah
5- Jika bersentuh tapak tangan atau jari dengan kemalaun atau dubur
anokcucu adik kakok sekalian tokayoh berhenti dulu sapa bab ni dan tokayoh pun tidak cukup rehat doh rini kita sambung lagi di waktu hadapan wslam wbt
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment