Salam sejahtera Semua,
Kepada teman teman mlm nie ku x bleh nak tdo plak......X lama dah kita smua raya nie...dan ramadhan Akan meninggalkan kita,dapatkah kita berjumpa dgn ramadhan tahun hadapan..
TerFikir di kepala otak nie...
Alangkah Indah kalu mlm nie mlm lailatul Qadar,jadi pada kawan kawan ayuh kita bgun dr tempat tido....beramalah kita mengejar lailatul Qadar ...
Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani,
“Pendapat terpilih berdasarkan himpunan dalil-dalil bahawa, dijadikan Lailatul Qadar itu tetap berlaku pada malam sepuluh akhir Ramadhan, kemudian pada malam ganjilnya, tidak ditetapkan melalui tanda-tandanya yang khusus, sebagaimana petunjuk dalil-dalilnya yang jelas. (Fathul Bari, 4/260)
Di dalam Kitab Fath al-Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari menyebutkan ada 46 pendapat ulama mengenai bila berlakunya Lailatul Qadar.
Menurut Imam Syafie, Lailatul Qadar termasuk dalam 10 hari yang terakhir Ramadhan, pada malam yang ganjil iaitu malam ke 21. Imam Tirmizi menyatakan dalam kitabnya Sunan Tirmizi, bahawa Imam Syafie menyatakan;
“Dan riwayat (hadis) yang paling kuat di antara hadis-hadis (tentangnya) pada pandanganku ialah ia pada malam dua puluh satu”. (Tuhfatul Ahwazi, juz 3, m/s 424).
Imam Abdul Razzaq telah meriwayatkan dalam kitabnya al-Musonnaf, bahawa Saidina Umar pernah memanggil para sahabat untuk membincangkan bilakah malam lailatul qadar, dan akhirnya mereka sepakat bahawa ia adalah pada sepuluh malam yang terakhir.
Berikut ini adalah tanda-tanda malam Lailatul qadar menurut hadith-hadith dan apa yang berlaku pada para sahabat Rasulullah SAW
- See more at: http://fuh.my/tanda-tanda-malam-lailatul-qadar/#sthash.JGdwbcQX.dpuf
No comments:
Post a Comment